Tuesday, March 5, 2013

Pokok berdaun besar memayungi kesum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya tak tahu nama pokok ni. Sudah hampir 6 tahun pokok ini menghuni Petak Hijau. Dibeli di Sg Buloh Greenlane dengan harga RM10. Saya tanam berdekatan tong sampah depan rumah. Semakin hari semakin meninggi dan semakin lebar daun2nya. Pokok kesum dan beberapa species keladi gembira berada di bawah payungan pokok ini. Pokoknya pun nampak kemas. Hujung tahun lepas pokoknya sudah mula berbunga. Ada sikit bunga2 kuning terjelir keluar.Unik tapi tersorok dicelah2 batang pokoknya yg banyak. Pengalaman saya menjaga pokok ini ia muda dijaga dan kurang perlu diselenggara kerana batang dan daun akan kering dan tidak menyelerakkan. Jika ada sesiapa boleh bantu untuk kenal pasti nama pokok ini amatlah dialu-alukan.



10 comments:

  1. ingatkan pokok jenis ni perlukan maintainance sebab cepat membiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dpt pokok nk membiak2 ken kawasan terhad agaknya. Tp mmg dah tinggi dr pagar

      Delete
  2. mcm jenis family keladi atau ginger yer nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak.tapi namanya apo...huhu :)

      Delete
  3. ya very easy to take care and better in shady area. very nice and broad leaves :)

    ReplyDelete
  4. Salam Zam,

    Cantik dan unik bunganya. Memang pokok ni boleh jd tinggi, byk kat depan pagar tempat pusat servis kereta yg biasa Mak Aji pergi. Namanya, wallahualam! Sejuklah ya pokok2 yg bernaung di bawahnya. Kalau kadok, suka dia kat situ berkawan dgn kesum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sangka besar ini jadinya. Syukur sedap mata memandang.

      Delete
  5. Salam...kalau tak silap calathea (keladi) lutea

    ReplyDelete
  6. Salam...kalau tak silap calathea (keladi) lutea

    ReplyDelete