Sunday, March 31, 2013

Red Capsicum berbuah lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah habis musim capsicum hujung bulan lepas, dan setelah saya mencantas cabang-cabang red capsicum,  ia berbuah lagi. Tanpa disedari, sudah ada beberapa buah red capsicum yg menjadi. Syukur alhamdulillah. Setelah membuat cantasan cabang, saya letak baja tahi kambing dan minggu lepas saya letak air kisar perut dan kepala ikan. Batang red capsicum ini juga sudah membesar dan gembira berada dalam polibeg 16". Gembira dengan hasil capsicum ini, saya bercadang menambahkan lagi variasinya. Mungkin yellow capsicum pula :) Saya teruja menanam capsicum kerana sangat suka makan grilled vege letak capsicum tanam sendiri yg dimasak Mr Chef! Delicious! :)



7 comments:

  1. Dari daunya dah tahu pokok cili tu sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya lah. tp atas dah mcm kerekot sikit dah. moga bertahan

      Delete
  2. dah beli benihnya..tp belum semai lg :)

    ReplyDelete
  3. assalam Awin.. K Mar tumpang suka... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Air perut dan kepala ikan tu x menjemput semut ke?? Setakat ni belum berani Mak Aji buat sebab semut banyak sangat kat rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je semut mak aji. tapi menurut en is.....semut tu sekejap saje...so far saya letak baja ikan ni alhamdulillah...

      Delete