Friday, March 22, 2013

Royal burgundy bush bean

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya masih belum berjaya menanam sebarang pokok kacang pun sehingga ia dapat dituai. Pokok akan mati ditengah jalan. Saya tidak akan berputus asa dan akan mencuba sehingga berjaya! Kali ini saya menyemai banyak pokok kacang. Kacang panjang renek amiro82 (saya namakan sempena nama pemberinya), kacang panjang jiran, pencil pod bush bean kbb dan royal burgundy bush bean kbb. Merata2 saya semai. Jika menjadi mmg boleh buka mini pasar  organik depan rumah :)

Syukur alhamdulillah, jiran saya pun mula berkebun. Dia tanam kacang  panjang menjadi. Dapatlah juga kami makan kacang tanam sendiri walaupun dari hasil dari kebun jiran. Jiran mmg tahu saya suka berkebun dan dia berkongsi benih dengan saya dan saya pun membalas semula dengan benih bendi.  Hujung minggu lepas saya hanya sempat memgambil gambar royal burgundy bush bean. Masa terhad pada hujung minggu lepas kerana sibuk dengan hari sukan anak sulung.  Saya akan cuba  buang tabiat tidak memberi banyak baja khusus kepada pokok2 kacang ini untuk mengelakkan sejarah kematian berulang.

Janji Allah itu pasti

Biar rebah, jangan berubah
Biar terbuang terus berjuang
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Semakin dekat kepadaNya,
Semakin kuat ribut taufan melanda
Usah resah bila diuji
Pasti kebahagiaan bakal dimiliki
Kerana janji Allah itu pasti... Allahuakbar!





16 comments:

  1. Aduh, gigih betul Zam, syabas. Kekacang pertama saya ialah bunga telang, kedua sengkuang, ni dok tunggu benih snake bean...yang beli di supermarket tak menjadi...masalah berkebun bagi orang bekerja, dah lah setiap hari terkejar-kejar, dalam jadual kerja pula ada masa kena tinggal kebun untuk jangka masa yang panjang kerana ke outstation

    ReplyDelete
  2. kacang panjang kalau diikutkan senang..tetapi tak semua yg ditanam mudah menjadi kalau ikutkan pengalaman..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangkaan saya pun senang. tak senang rupanya.

      Delete
  3. betull... lynn pulak salah tanam, pegi tanam segala jenis kekacang dan letak sebaris. Kesemuanya berbunga tapi tak berbuah. Smone sd they confused sbb tak tau yg mana satu dah bercampur aduk.. sayang kan. Ni baru nak start tanam balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita cuba sampai sukses!

      Delete
    2. Lynn dan Zam; sebenarnya kacang panjang ni tak boleh tanam ramai2 ke? Dia nak baja macam mana ya?

      Delete
    3. tanam ramai2 kene lynn yg komen. saya pun baru tahu tak blh tanam ramai2 dr diff species. saya ni mmg suka letak baja.kalau letak baja ikan. esoknya teris pokok mati. kali ni saya tak letak baja langsung. saya tanam dalam ex-container sawi.

      Delete
  4. betul tu zam, bekebun ni kdg mengajar kita jgn berputus asa kan.. kacang panjang yg masih muda...cukup sedap buat ulam mentah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mmg takkan putus asa. in shaa Allah

      Delete
  5. Saya pun ada tanam kacang buncis mula tu ingat tak menjadi sbb pokok kecik sahaja. saya tak baja pokok dan biarkan hidup dengan air hujan. Baru2 ni berbuah tp buah kurang menarik dan tak berapa nk elok sebab cuaca kejap hujan dan terik. Jadi tanah kekeringan banyak kali. Dah plan nak kene tanam balik. Tak boleh putus asa.

    Insyallah usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kongsi pengalaman. saya akan ambik iktibar :)

      Delete
  6. InsyaAllah kekadang musim dan timing juga waktu menanam. Kacang buncis selalu tak suka kalau banyak sangat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik baca tips ni..tq diana...kalau tak...pasrah lagi lah dengan buncis..biasa yg sy tanam..pokok ok..tapi kacangnya hampa

      Delete
    2. musim hujan sekarang ni. moga selamat sejahteralah kacang2 semua

      Delete