Friday, March 29, 2013

Sirih puteriku sayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tanaman hiasan bernama sirih puteri ini dibeli di nurseri kawan saya di Kampung Melayu Sg Buloh. Asalnya ia berada di dalam pasu gantung. Tetapi setelah pertumbuhannya seperti terbantut saya bercadang nak alih ke pasu yg lebih besar, tetapi transit dulu atas tanah di sini. Syukur alhamdulillah, ia telah menjalar ke sana ke mari, malah daunnya 3 kali ganda besar dari pokok asal dan kelihatan hidup gembira bersama berkongsi tanah dengan pegaga gajah dan berjiran dengan bayam malabar merah.

Pada hari Jumaat yg indah ini saya ingin kongsikan kata-kata mutiara daripada Imam Syafie yang terkesan di hati saya : 

Jika kamu tidak menyibukkan dirimu dengan yg haq, maka ia akan sibuk dengan yang bathil.

haq ~ perkara-perkara yg Allah suka. Buatlah apa saja asal Allah suka.
bathil ~ perkara-perkara yg Allah tidak suka kita buat. 



22 comments:

  1. Nanti sireh nie nak buat apa yer?

    ReplyDelete
  2. kat FH byk nih..nak bwk balik Subang tp Rizal tak benarkan sbb katanya beracun utk Rabbit. Nowadays nak menanam kena pikir hal dia pulak..ish..

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat,

    Cantik dan besar daun dia, biasa pokok ni menjalar. Ada pernah saya tgk orang tanam menjalar sampai ke dinding rumah naik. Rimbun dan sejuk nampak rumah. :)

    ReplyDelete
  4. Oh, ada juga sirih puteri ya? Rasanya saya pun pernah nampak di rumah jiran. Dia buat macam gerbang.Tapi ada juraian pula.. mungkin akar dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh tanam indoor juga. saya letak dekat tv dan dalam toilet

      Delete
  5. salam....

    singgah intai pokok2 menghijau sejuk mata memandang.....

    ReplyDelete
  6. salam zam..

    baru akak tau namanya sirih puteri.. biasa akak dengar chinese collegue kat ofis ni panggil 'money plant'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu setelah baca buku tanaman hiasan yg dah bertahun2 beli ;)

      Delete
  7. subur nyer bayam malabar tu, projek bayam malabar kami masih ketot lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal2 mmg agak ketot lama. bila dah naik syeh....cepat je memanjat sana sini

      Delete
    2. yer betul..awal2 lambat..kalau dh betul2 timing nak membesar..tak larat awk nak trim..percaya lah..:D

      Delete
  8. Yang ni nama eng dia Pothos kn kalau tak silap. tanaman ni bagus utk indoor plant. salah satu tanaman yg boleh membersihkn udara dlm rumah. dan senang sgt menjadi bila taruh dlm pasu air. nak taruh byk2 dlm rumah nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pothos :) pokoknya suka tempat sejuk. direct sun tak berapa nak membesar.

      Delete
  9. pokok sireh putih namanya..baruku tahu..elok pulak kat tanah yer..dulu ada tanam dlm balang bulat..tapi sbb malas nak tukar air..dah buang aja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...membesar laaa pula. dulu dlm pasu ketot je. x cukup ruang gamaknya

      Delete
  10. Salam Zam,

    cantik namanya, sirih puteri! Selama ni Mak Aji dok panggil money-plant je. Mak Aji pun ada, sedang dok train utk menjalar kat pergola. Pun dok terfikir nak boh kat bilik air juga! Katanya pokok ni boleh bersihkan udara terutama bila ditanam dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dok biakkan byk2 sbb nnt nak tanam dalam rumah

      Delete