Sunday, September 29, 2013

Rosy Radish penambat hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan kebun dan pengunjung-pengunjung blog yang saya hormati,

Saya kurang pasti benih radish merah ni dari tanamsendiri.com ataupun Kebun Bahagia Bersama. Stok benih sedang beratur untuk digunakan, ambil dan tabur tanpa nak tag nama. Sambil nak pergi pejabat atau keluar rumah hujung minggu masih sempat tabur biji benih (yang mana sempatlah kan). Rosy Radish ni saya semai pada awal atau pertengahan Syaaban 1434H. Memang cepat membesar dan perlu dialih untuk tumbesaran yang sempurna. Jika saya tidak mengalihnya mungkin tidak membesar seperti ini. Saya katakan begini kerana, ada sepokok yang saya tidak alih dan memang ia tidak membesar pun. Boleh rujuk entri En Is tetang mengalih semaian di sini. Menjaga radish tidak susah. Perlu disiram 2 kali sehari. Kadang-kadang saya siram dengan air pokok kiambang kerana kandungan kalium yang tinggi membantu untuk pertumbuhan akar. Maka ia sesuai digunakan untuk sayuran akar. Maklumat lanjut tentang kalium sebagai nutrien tumbuhan boleh dibaca di sini. Rosy Radish juga tidak perlu menunggu lama untuk menuai hasilnya. Dalam masa satu setengah sehingga 2 bulan sudah boleh dituai. Memang puas hati tanam radish bagi pekebun amatur macam saya ni. Saya suka! Sila cuba tanam ye kawan-kawan.


Rosy Radish segar lazat apabila dimasak dengan rumpai laut hitam. Saya lihat Mr Chef masukkan juga kurma China untuk rasa manis. Memang sedap! Jika bersekempatan nanti saya kongsi resepi yang Mr Chef guna di blog ini.
Hasil tuaian yang disebelah rosy radish tu cuba cik puan/ tuan semua  teka,
pokok apakah ia :)
Entri seterusnya kita cerita :)
Jawapan siapa betul dapat hadiah misteri daripada saya,
Cik Puan yang baru balik dari Australia tak aci jawab ye :)



Sekelompok Rosy Radish dalam polisterin. Saya tuai secara berperingkat. Sehingga entri ini ditulis, kawasan ini telah kosong.



14 comments:

  1. Assalamualaikum Awin salam perkenalan,

    Bestnya dapat hasil Rosy Radish tu ya, sweet colournya.Yg sebelah Rosy Radish tu adalah akar Som atau ginseng Jawa, akak ada cete pasal pokok ni kat blog akak. berkebunhobiku.blogspot.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saodah....belum menerima alamat dari awak. sila emel to zamzurina@gmail.com

      Delete
  2. masya Allah...betul Saodah. Sila emelkan alamat cik puan k zamzurina@gmail.com ye.

    ReplyDelete
  3. salam awin...hihih dah ada jawapan..:p
    ni wat semangat nak tanam lagi radish ni...menjadi-jadi radish awk ni...:D

    ReplyDelete
  4. Nak hadiah jugak, kita tau, tapi lambat jawab jer , kita bg nama saintifik dia iaitu Talinum paniculatum Gaertn atau akar som jawa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah....saya bg hadiah lat smrose juga sbb bg nama saintifik. lgpun saya tak cakap pun sorang je boleh dpt :) rasanya alamat smrose ada lagi. saya pun ada utang benih dgn smrose.

      Delete
  5. Cantik & the radish size quite big ya Awin sis. senang ja tengok blogger semua tanam radish...but for me i rasa susah lar except cherry radish. ada benih radish rosy ni dalam store, tak sempat nak tanam lagi. alrite will try la lepas ni ..keke..1st time dengar radish cook with seaweed

    ReplyDelete
    Replies
    1. olive....i am not always success in growing certain plants....like long bean. ...tidak pernah berjaya with flying colors. jom tanam lago dan lagi dan lagi

      Delete
  6. Hait...senyap je ni...hehehe...cantik radishnya,

    ReplyDelete
  7. awin..masak apa rosy radish ni? cantek kaler dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya masak sup dengan seaweed. Tapi yg ini Mr Chef masukkan dalam kuah dhal,

      Delete
  8. alamaak,,terlambat ada org bg jawapan dah,,pokok ni sgt mudah membiak,,tp sy kurang suka rasanya.

    ReplyDelete