Wednesday, January 15, 2014

Berjambak-jambak bunga karipole

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Cuti 1 Januari 2014 yang lepas, seperti biasa saya akan berkebun sehingga matahari hampir tegak di kepala. Agak rajin pada hari tersebut saya melilau-lilau di sekitar kebun yang tidaklah besar mana pun untuk mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh. Tiba-tiba terpandang bunga pokok karipole yang 3-4 jambak banyaknya. Masya Allah, ini kali pertama saya melihat bunga karipole secara langsung. Sedikit masa lagi mungkin akan mengeluarkan biji benih pula.

Karipole boleh dibiakkan dengan 3 cara iaitu :

+ melalui biji benih
+ keratan batang
+ anak yang tumbuh dari akarnya



Nostalgia karipole pemberian arwah abah.

Subhanallah!



7 comments:

  1. Cantik Awin bunganya.. bau harum ala2 kari yep..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bau lah pula saya. this weekend p check bau dia :)

      Delete
  2. Nak tunggu karpole akak berbunga macam ni juga...pokok akak tu masih remaja lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok saya dah mak mak dah ni....dah nampak pula buah kari muncul

      Delete
  3. pokok saya berdaun hanya kat hujung dahan...nape ye? bawah2 togel je...pastu senang gugur daunnya...baru2 ni ada bunga macam dalam gambar ni...tapi ade itam2...kene serang penyakit ke ya pokok kari saya ni? kat daun pun bahagian bawah daun tu ada mcm bintik2 hitam coklat...daun2 yang ada binti2 hitam coklat ni bile kite pegang senang gugur...

    pokok da tinggi...tapi daun x banyak...rasa macam nak pangkas je semua...tp takut plak nanti x naik....

    ReplyDelete
  4. pucuk muda boleh dibuat ulam.....
    mmmmm memang sedap..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete