Thursday, January 16, 2014

Pemilihan dan Penstoran biji benih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan kebun yang dikasihi Allah,

Suatu ketika pada awal Disember 2013, saya sedang memilih biji-biji benih yang akan disemai pada bulan tersebut. Kemudian, anak sulung saya Muaz beriya-iya nak pilih juga. Jadi. untuk bulan tersebut, pemilihan biji benih Muaz yang buat. Sungguh tekun memilih biji benih sambil membaca nama dan bertanya ini dan itu. Ada yang sudah tanam dan ada yang belum. Muaz pun selalu follow up tanya sudahkah tanam strawberry dia. Akan mencari peluang menyemai di dalam kesibukan ini. Rabbi yassir wala tuassir. Rabbi tammim bil khair.

Saya mengasingkan jenis biji-biji benih dan diletakkan di dalam bekas yang kecil ini yang dibeli di Daiso. Masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk sistem penstoran biji benih. Jika rakan-rakan sudi, mohon kongsi cara rakan-rakan menyimpan biji benih. Oleh itu bolehlah saya tiru :) Kalau buat entri lagi bagus lepas tu komen disini dan bagi link. :)

Tekun membelek biji benih satu persatu. Suburkankan minatnya terhadap berkebun ya Allah.

Sempat juga jadi menara biji benih

Biji benih terpilih

8 comments:

  1. salam hi, rajinnye simpan satu2 dlm bekas..saya masuk dalam tin jer..heheh...kurang kerajinan..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) dalam setiap bekas tu banyak jenis seed sebenarnya. Dikategorikan ikut jenisnya.

      Delete
  2. Simpan bungkusan benih dlm bekas kedap udara dlm peti sejuk.

    ReplyDelete
  3. nanti sy tunjukkan cemana sy simpan biji benih pulak kat blog yer

    ReplyDelete
  4. Order dan order akak pun dah tak larat.. akhirnya akak sorting ikut jenis je ..ubi, daun dan bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun buat pengkelasan mcm kak mar. sebab banyak sangat order biji benih.

      Delete