Thursday, January 23, 2014

Kawasan jajahan pegaga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,

Setelah habis pegaga dimesin oleh tukang mesin rumput profesional (rujuk di sini untuk entri lepas), bagai cendawan selepas hujan, pegaga tumbuh kembali dengan suburnya alhamdulillah. Tatkala kebun kami ketika itu ketandusan bekalan, maka pegaga ini kami jadikan sayur dalam masakan. Mr Chef buat masak lemak putih, masak lemak kuning, masukkan dalam telur dan dimakan sebagai ulam. Syukur alhamdulillah.

Saya telah turut serta di dalam projek amal untuk mengajar ilmu perkebunan di sebuah rumah kebajikan di Ampang, jika sesiapa yang berminat hendak memberikan biji benih, tanah atau polisterin besar, mohon emelkan kepada saya zamzurina@gmail.com. Harap maklum ^_^

Pegaga  hidup bahagia bersama cekur dan stock astral.



Kawasan jajahan pegaga gajah

8 comments:

  1. pegaga jenis ni memang ganas... mana-mana dia boleh hidup... K Mar pun banyak juga buang... insyaallah belum sempat lagi menguruskan benih tu... ada petola kering yang belum dileraikan benihnya... sibuknya K Mar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...mmg sangat tinggi keinginannya utk hidup kembali. Jika ada benih petola ok jugak tu..

      Delete
  2. wahh.. relek jer menjalar pegage ni.. kami panggil pegaga gajah.. sebab die besar2.. kat kampun di johor banyak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun panggil pegaga gajah. sangat suka bila ia banyak macam tu.

      Delete
  3. Suka gak pegaga jenis ni...nampak cantik untuk hiasan...:D

    ReplyDelete
  4. Subur sesangat memang hijau petak hijau.

    ReplyDelete