Friday, November 15, 2013

Pemotong Rumput Professional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Amir telah menjadi pemotong rumput rumah kami sudah hampir 2 tahun. Berbangsa Pakistan (firasat saya) dia memang sangat tekun dengan kerjanya. Berbekalkan sebuah motor dan sebuah mesin rumput, ke hulu ke hilir dia mencari pelanggan untuk perkhidmatan memotong rumput. Kebanyakan pemotong rumput sebelum Amir sangatlah tidak professional. Potong rumput ala kadar, kemas pun ala kadar. Lepas tu mintak bayaran tinggi! Selepas itu kami bertindak tegas dengan tidak mengambil lagi khidmat pemotong rumput yang telah disenaraihitamkan walaupun rumput panjang berjela!

Amir tidak pula meletakkan harga bayaran khidmatnya. SMS sahaja suruh datang pagi. Tak sampai 5 minit sudah ada depan rumah! Potong rumput dengan kemas. Mencabut rumput di dalam pasu-pasu yang penuh rumput. Menerima arahan dengan tidak memesin pokok-pokok yang tidak sepatutnya. Menyapu rumput-rumput dan mengemas laman dengan elok :) Kami sangat puas hati. Mr Chef bermurah hati memberi bayaran tambahan (dari harga yg diminta oleh perumput tak professional) kepada Amir. Pernah kami sms untuk datang ke rumah memotong rumput tapi dia di Bangsar tengah memotong rumput rumah orang! Jauh tu.... Sesiapa yang ingin menggunakan khidmat pemotong rumput Amir, bolehlah sms dia 0166386135.




Kawasan kiri dan kanan Petak Hijau


Si Pemotong Rumput yang minta tali untuk mengikat pokok Roselle ini. Proaktif! 

Lupa nak beritahu jangan buang pokok pegaga. Habis pegaga saya dicabutnya. TIinggal saki baki yang harapnya dapatlah tumbuh kembali.



10 comments:

  1. pemotong rumput rumah kami ade 2, yg tua permanentlah..yg kecik..tukang tiru...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg itu passion.....tak yah monitor dah tu :)

      Delete
  2. Di labuan org yg ambik upah potong rumput dtg dari kepulauan papua.. boleh tahan demand sekali potong RM30.. tak larat nak bayar kami blie racun rumput.. hehe.

    ReplyDelete
  3. salam awin, kalau prestasi bagus kita sanggup bg extra kan?...tp kesian jgk dgn pegaga tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. reward kene bagi supaya mendorong lagi dia bersihkan laman tanpa disuruh.

      Delete
  4. Kerja dengan ikhlas dan bersungguh, rezeki sentiasa bertambah :) .

    ReplyDelete
  5. boleh saya tau laman rumah macam akak kena charge berapa rm?

    ReplyDelete
  6. boleh saya tau laman rumah macam akak kena charge berapa rm?

    ReplyDelete