Sunday, November 24, 2013

Teh hijau berdaun pudina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung yang budiman,

Pokok pudina ditanam dari lebihan batang  yang dibeli di Checkers. Caranya adalah rendam dahulu batangnya di dalam air sehingga ia mengeluarkan akar. Kemudian cari tempat yang agak redup untuk disemai. Boleh juga ditanam di bawah teduhan pokok.

Semaian selepas Syawal 1434H tempoh hari sudah mengeluarkan banyak daun. Hanya sebatang saja hidup, yang lain semuanya mereput. Alhamdulillah syukur. Kami tanam pokok pudina untuk mendapatkan daunnya. Kadangkala, Mr Chef tuai untuk memasukkan di dalam masakannya, atau dibuat hiasan. Saya tuai untuk diminum bersama teh hijau kegemaran :)


Tuaian pudina dan daun cekur. Daun pudina dimasukkan ke dalam teh hijau, sementara cekur dimayang halus untuk dimasukkan ke dalam sandwich tuna. Sedap!






Close up pokok pudina di dalam patch herba. Jaring besi diletakkan untuk melindungi kucing membuang di situ. Saya menanam kunyit hitam pemberian Mak Aji di situ.


Pokok berdaun panjang atas kanan telah terlupa namanya. Ia adalah sejenis pokok bunga dibeli dari Diana. Mohon Diana tolong kenalpasti pokok bunga apakah ini.


17 comments:

  1. salam awin, pudina masuk dlm nasik briani mmg cun la awin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? nanti saya cuba. buat ulam pun sedap.

      Delete
  2. Salam Awin, memang sedap kan awin Teh campur pudina.. refreshing kater mat saleh..

    ReplyDelete
  3. Salam Awin,

    Kami pun suka daun pudina letak dalam teh biasa. Memang tanam untuk tujuan itu!

    ReplyDelete
  4. Cekur jenis apa yer..nak try la mkn dgn sandwich..sy ada gak cekur..3 jenis...puding tu br tau cara nak adakan akar...menarik ni..sbb sy semai terus mesti esok nya monyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pasti jenis cekurnya. Saya ambil dari rumah mertua

      Delete
  5. suka minum air soda herb dekat william taman mayang,dia akan letak daun pudina,serai,lemon,laici dan air soda. sedap. :) Tp kalo letak kat dalam teh pun sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu qis......tertelan air liur dengar air yg macam sedappp je itu

      Delete
  6. Oh tak pernah cuba letak daun cekur dalam sandwich nak cuba gak nanti.
    Blur sikit maksud which daun but is that stock astral (matthiola). Nanti compare dekat blog posting ya .

    ReplyDelete
  7. Mint tea mmg refreshing kan Awin....lagi satu mint kalau campur dgn lemon tea or lemonade pon sedap jgk.....:)

    ReplyDelete
  8. Rindunya kat Awin. Nanti penutup posting 2014 baca ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu juga kat semua. very bz lately. 2014 nak propose sth kat diana.

      Delete
  9. Pucuk cekur tu K Mar buat ulam je...

    ReplyDelete