Tuesday, November 12, 2013

Nostalgia Keembung di Lenggong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pengunjung-pengunjung yang dikasihi Allah,

Pokok bunga balsam atau nama yang selalu saya panggil di kampung ~ keembung, mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak kepada saya. Semasa di saya tinggal di kampung bersama nenek dan datuk di Lenggong, saya mempunyai seorang rakan sebaya, Umi Kalsom (Allahyarhamah). Kami mengusahakan sebuah kebun bunga berdekatan dengan rumahnya sebab seronok-seronok nak ada kebun bunga sendiri. Salah satu pokok bunga yang kami tanam ialah bunga keembung. Setiap kali balik sekolah atau cuti sekolah, kami pasti pusing satu kampung dan kampung-kampung sebelah sebab nak cari biji benih atau pokok bunga untuk diletakkan di kebun bunga ciptaan kami. Pokok bunga keembunglah yang senang didapati, dan senang nak ambil biji benihnya. Yang kami paling suka mengambil biji benihnya untuk diletup-letupkan! Seronok! :) Pelbagai jenis warna pokok keembung yang kami tanam. Indahnya waktu itu. Setelah nak masuk darjah 3, saya ikut ibu bapa saya berhijrah ke Kedah. Tiada lagi kebun bunga. Tiada lagi pokok keembung. Tapi nostalgia kebun bunga buatan sendiri masih terpahat di ingatan.

Biji benih pokok ini adalah daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com. Biji benihnya memang mudah bercambah dan pokoknya senang hidup. Rupanya setelah di google, banyak juga khasiat pokok keembung ini. Seluruh pokok kecuali akar ada kegunaannya. Bacaan lanjut di sini. Saya bercadang mahu menambah koleksi keembung lagi. Mohon kepada yang sudi menjual biji benih keembung warna yang lain kepada saya, sila emel ke zamzurina@gmail.com. Saya sudi membelinya.



Biji benih keembung


gambar kredit kepada http://rubbertapperz.blogspot.com


25 comments:

  1. ooooo....rupa-rupanya dari kjecik lagi dah ada minat bertani, baguih! baguih! heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecil-kecil bertanam bunga, besar-besar bertani pula :)

      Delete
  2. feveret ni Awin, mmg mengimbau zaman kecik2.. picit n letupkan..

    ReplyDelete
  3. salam,,wah ni mmg pekebun sejati..time2 tu saya duk sibuk main lompat getah atau gimnastik jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu saya main jugak tuju kasut, lom, lastik....lawan tarik upih....yg plg best main hujan!

      Delete
  4. umur darjah 3..sy masa tu suka petik bunga..semat kat telinga..rambut...berangan ala-ala princess...
    memang betul keembung ni mudah tumbuh...dalam pasu yang terbiar pun ada anak2 pokok nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so sweet nya Nadia. Saya kurang sikit mcm2 tu :)

      Delete
  5. sy last year ade jugak tanam keembong nadia kirim bnih...skrang dah tak dpt nak letup2 daa...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada meletup sana sini dan jadi pokok

      Delete
  6. assalamualaikum...saya pun ada pengalaman dgn bunga ni..kt kpg dulu sy panggil inai air...pernah dulu kna gigit pacat kat celah jari kaki..pastu saya ambil daun inai ni (keembung) dah lumurkan kat kaki..smpai dia kering pastu jadi merah mcm kita pakai inai...kenangan je semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali saya tahu tentang fakta ini! Boleh jadi merah ye?

      Delete
  7. Pembekal Peralatan Pertanian dan Fertigasi ... dapatkan keperluan seperti benih, baja dan lain-lain. Juga hormon penggalak bunga2an di http://romatechagro.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Begitulah adanya... akak pun suka keembung ni dari kecil... suka bertanam tu rasanya sekolah rendah lagi ..cuma tak la awal macam Awin ... masa tu patah2 kan dahan dan cucuk ke tanah je.. belum pandai semai benih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mar, saya main tabur je benih. Kalau tumbuh, ada la, kalau tak tumbuh, redha saja lah :)

      Delete
  9. Salam Awin,

    Cantik warna keembung ni. Mak Aji mula bertanam ketika anak dara dan yang ditanam selain pokok bunga berdaun, bunga balung ayam, pun daripada benihnya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...balung ayam pun tanam dulu! Wahh...nanti nak tulis nostalgia balung ayam pula!

      Delete
  10. salam awin, ...mmg nostalgia tgk bunga keembung ni...tringat masa kecik2 suka buat main masak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! Masa kecil saya tak suka main masak-masak sebab ada banyak lagi permainan yg lebih seronok dari masak-masak. Sebab itu lah saya tak pandai memasak hingga sekarang. Boleh masak tapi resepi di sebelah :)

      Delete
  11. www.jualjualbenih.blogspot.com. Adik saya Ada jual 4 jenis keembung berlapis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. nanti saya tengok ye

      Delete
  12. Rayyan pun suka pop pop pop biji benih kat tangannya. Bolehlah main dengan Aunty Awin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak la main dengan rayyan....nnt kene berebut dengan rayyan pula! :)

      Delete
  13. Sekarang tgh cari bunga keembung..yang ada kat umah skrg warna pink campur putih...

    ReplyDelete
  14. Sekarang tgh cari bunga keembung..yang ada kat umah skrg warna pink campur putih...

    ReplyDelete