Thursday, November 14, 2013

Anak-anak terbitan Pepanggil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pengunjung-pengunjung yang budiman,

Pokok pepanggil dibeli dari kebunbahagiabersama.blogspot.com. Pokok ini pernah mahu berbunga tetapi macam terencat tak keluarkan bunga. Pokoknya seperti berpenyakit terkena virus mozek. Suami Diana, semasa kedatangan mereka berdua ke rumah untuk mengambil kotak kayu give away pernah buat pernyataan bahawa, mungkin anak-anak pokok boleh muncul sana sini sambil menunjuk kepada porch kereta kami. Saya berasakan suami Diana berjenaka, tetapi setelah melihat anak-anak pokok terbitan pepanggil ini tumbuh sana sini, kenyataan suami Diana tu mungkin boleh jadi kenyataan.

Pokoknya yang tak merimbun dan bunganya yang unik memang membuatkan hati tertarik nak beli. Sekarang hanya perlu bersabar tunggu kemunculan bunganya. Sabarlah dalam bersabar! :)



Gambar lama semasa pokok pandan masih hidup. Pokok pandan kami mati kekeringan semasa balik hari raya lepas.



Pokok induk yang sudah nampak tua. Yang bintang-bintang itu adalah terbitan pokok pepanggil. Duduk dekat-dekat dengan pokok mulberi :)



Inilah rupa bentuk bunga yang dinanti di Petak Hijau.


Gambar kredit kepada kebunbahagiabersama.blogspot.com


11 comments:

  1. hehehe...baru tau nama pokok tu pepanggil

    ReplyDelete
  2. cantik bunga pepanggil....unik la nama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg unik.....dan tak bushy. kemas saja nampak di Petak Hijau

      Delete
  3. kenapa dipanggil pepanggil yer...pelik gak..

    ReplyDelete
  4. Oh memang anak-anaknya. Akarnya memang gitu rasanya terms dia vegetative roots/rhizome something like that. Oh prune je yang macam sakit tu.Nanti berbunga juga dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana...ada sepokok saya dah prune habis sampai ke pangkal! uwarhghhh.....tapi ada sepokok lagi

      Delete
  5. Lupa nak cerita. My heroes pergi kerjakan pokok ni sampai patah tepi pergola. Sekarang keluar new shoots dari pokok asalnya. Pokok ni lasak once established.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok....selamat lagi kot yg telah saya kerjakan itu :)

      Delete
  6. mmm...sdpnya pucuk panggil wt ulam...

    ReplyDelete