Tahun Islam memberikan signifikan kepada saya kerana dua digit terakhir bersamaan dengan umur saya :)! I am getting older! Alhamdulilah, setelah lama tidak menuai hasil di kebun, tuaian pembuka 1435H menggembirakan hati Mr Chef. Hasil tuaian kali ini macam-macam Mr Chef masak. Terima kasih Mr Chef yang budiman.
Antara hasil tuaian adalah,
+ Kobis
+ Tampaka
+ Ulam Raja
+ Bayam Malabar Merah
+ Roselle
+ Bunga Misai Kucing
+ Kacang panjang merah
+ Biji benih balsam
Kesemuanya kecuali bunga misai kucing dan biji benih balsam Mr Chef gunakan dalam masakannya. Kobis tak sempat nak membentuk bebola sudah kami tuai. Lama sangat nak tunggu, setiap hari kobis macam memanggil-manggil suruh dituai :)
Tinggal beberapa tompok saja lagi kobis. Wahai kobis, mohonlah jadi bebola!
Tampaka ini dibeli dari kebunbahagiabersama.blogspot.com. Menurut Diana ia digunakan sebagai ubat tradisional untuk membantu menambahkan darah atau mencuci/membersihkan darah dalam badan. Saya tuai juga sebab nak cuba letak dalam masakan walaupun Diana kata setahun baru boleh nampak bebawangnya.
[kiri] Kobis dan kacang panjang dimasak budu. [kanan] Sup sayur tomato, tampaka dan bayam malabar merah. Kids suka! ^_^
Ini satu-satunya lauk kami pada 1 Muharram yang lepas, Ikan bakar. Ikan jenahak segar ini kami beli pasar malam Alor Setar Zulhijjah yang lepas dengan harga yang jauh lebih murah daripada Shah Alam sini. Tentulah! Lauk ikan bakar, di makan bersama 3 jenis hidangan sayur (termasuk ulam raja) dan makan cicah dengan budu! Terima kasih banyak-banyak kepada Mr Chef kerana menggembirakan kami dengan makanan yang sedap!
Kids pula sanggup simpan sikit bahagian mereka untuk diberikan kepada Wolf. Kucing kongsi dengan jiran. Wolf tak pandang sudah makanan kucing apabila melihat ikan bakar segar di depan mata. Mr Chef pula memang rajin melayan mereka jika ia berkaitan kucing. Keluarga mertua saya memang sangat sukakan kucing. Like grandfather, like grandson. Jika menelefon Tok Wan bertanya khabar, setelah bertanya tentang kesihatan Tok Wan, soalan kedua mesti tanya pasal Comel. Kucing kesayangan Tok Wan. Inilah cucu Hussain bin Hassan yang sungguh obses dengan kucing.
cover ngan shade 50% cahaya tembus inshaallah kobis blh membentuk
ReplyDeleteterima kasih ummuaidan. esok juga saya buat shade
Deleterajinnya.. seronok tengok sayur2
ReplyDeletemmg seronok mama leen. pernah pegi keje lambat sbb ralit tgk sayur dpn rumah!
Deletesalam puan petak hijau hehe..pakej yg lengkap,,sorang tukang tanam ,sorang tukang masak...bestnya..lg semangat kalu mcm tu..
ReplyDeletewassalam puan cucu bulat. Alhamdulillah :)
Deletecantiknya kobis tu, nak tanam jugak la, teruja!
ReplyDeleteBiji benih dah ada....musim hujan ni sesuai tanam.
DeleteAs Salam Awin.....meriahnya Awal Muharram harvest! Saya pon ada tanam Tampaka tapi belom cuba masak lagi......suka tgk kobis tu......adik saya ada semai kobis...tp seedling lagi..tak sabar nak tgk kobis membentuk mcm bunga ros besar tu....nice..:)
ReplyDeletelynna.....tuaian muharram awak juga meriah dgn ulam panjang umur....suka nama tu..
Deletewah wah wah! a lot of colorful harvest!
ReplyDeletewah wah wah......u also have colorful balsam! :)
DeleteIni dinamakan tuaian diraja..tepegun seketika tgk tuaian Awin..
ReplyDeletebekas tu yg kecil sebab tu lah nampak banyak kot. tiada apa sangat pun pedasdanmanis.
DeleteSalam Awin,
ReplyDeleteAkhirnya kubis dituai juga ya. Banyak tu hasil tuaian tahun baru! Ikan segar dibakar cicah budu, nak2 pulak hujan2 ni, pasti best! Orang Utara pun suka budu ya!
irresistable mak aji....macam melambai2 saje suruh tuai. bekas yg kecik...sebab tu kot nmpk banyak....budu mmg feberet kami mak aji....beli sekotak yg satu pack 10 botol. hantu budu.
DeleteYa Allah merimbun betul kobis nya...ni buat tak sabar nak cuba lagi tanam kobis...tampaka tu x pernah dgr...rasa nk Cuba masak menu2 ni...
ReplyDeleteNadia, tuan kebun lagi teruja hari2 tgk. rasa nak peluk pun ada. hehe. tampaka tu macam bebawang....banyak khasiat. Beli kat Diana.
DeleteRasa nak gali tampaka juga ni hehehe
ReplyDelete...assorted wonderful harvest dear Awin.
sayang-sayangkan tampaka gali-galikan :)
Delete