Monday, November 11, 2013

Kacang panjang merah perlukan cahaya banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan dan pengunjung yang budiman,

Sedikit masa dahulu saya pernah cuba untuk tanam zuchinni di backyard di dalam pasu gantung. Entrinya di sini, tetapi tak menjadi. Tiada satu hasil pun yang menjadi. Banyak putik saja. Tidak pula menjadi buah. Kemudian saya cuba tanam kacang panjang merah. Alhamdulillah ada dapat juga merasa hasil dari pasu gantung di backyard ini. Kacang panjang memerlukan cahaya yang banyak, kerana itu ia tidak sesuai ditanam di sini.

Buat pengetahuan semua, di backyard ini terkena cahaya matahari tengah hari dan kadang-kadang tidak kena langsung. Jika ada rakan-rakan yang tercetus idea nak tanam apa di sini, mohon beritahu, saya akan cuba tanam :) Setakat ini, pokok yang hidup subur di kawasan backyard ini adalah pokok keladi belang dan episcia.


15 comments:

  1. salam awin, apa rasa kcg pjg merah ni...blh tnm dlm pasu gantung ja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @na...rasanya sama saja. cuma cantik kalau berjuntai-jutaian warna merah :) boleh je tanam dalam pasu gantung.

      Delete
  2. timun batang biasa boleh ker tanam kt backyard ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. timun perlukan cahaya yg banyak x nadia? kawasan ni x byk cahaya

      Delete
  3. tanam daun bawang macam Ana....hehehe ;)

    Zucchini tuh maybe nak kena self pollinating kot Awin....maybe takde lebah/serangga nak tolong pollinate kot kat backyard tu.....that's why buah tak menjadi.....just my opinion......:)

    Cuba baca kat sini...

    http://subsistencepatternfoodgarden.blogspot.com/2009/07/hand-pollination-of-zucchini.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa mcm tu. bila nak self pollinate terpaksa panjat tangga bagai nak naik atas. lama2 give up....at last mati je

      Delete
  4. Kena tengok inspect dulu baru tercetus ilham :p . Kacang panjang merah ni bunganya warna apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok....nnt nak buat makan2 ajak diana mai rumah :)

      Delete
  5. saya baru jer tanam pokok kacang..teruk diserang..xtahu pulak species apa...habis..saya gunting sj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kacang saya ni pun berlubang2. sebab atas sgt terabailah ia. tidak larat nak naik tangga sembur racun organik

      Delete
  6. Tanam vanilla, pokok ni nak kurang cahaya matahari

    ReplyDelete
  7. Salam Awin,

    Mak Aji pernah buat entri pasal indoor garden jiran lama Mak Aji di Subang Bestari (kat sini - http://greenfingers898.blogspot.com/2013/01/taman-dalam-rumah.html) Awin boleh lihat pokok hiasan apa yang ditanam dengan jayanya. Tanaman sayur takdelah pulak yang ditanamnya.

    ReplyDelete