Monday, November 4, 2013

Impian rimbunan Roselle menjadi kenyataan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,

Sudah lama dipendam impian untuk mempunyai rimbunan pokok roselle di laman rumah. Inspirasi adalah daripada rimbunan pokok roselle dari Diana dan jiran mak saya di kampung. Alhamdulillah, impian saya telah menjadi kenyataan. Kini kami dapat menikmati hasil jus roselle daripada kebun sendiri. Ini adalah kali ketiga pokok dituai dan buah roselle semakin banyak! Buahnya juga tebal dan besar walaupun tak letak baja sudah berbulan-bulan lamanya. Alhamdulillah syukur.


Ini adalah gambar lama, 2-3 minggu lepas. Semasa entri ini ditulis, pokok-pokok roselle rebah ke bumi kerana hari hujan yang lebat sangat atau banyak sangat bunga-bunga yang menjadi.  Rimbunan dari beberapa pokok sahaja tapi alhamdulillah dapat beri hasil yang baik. Harapannya hujung minggu ni boleh lagi buat Jus roselle kegemaran kami sekeluarga.



Hasil tuaian Sabtu 2 November 2013. Tuaian bersama sebiji bendi :) Mr Chef guna untuk buat sup masam yang sangat sedap! 



Hasilnya dapat 4 liter jus roselle yang pekat. 2 Liter untuk setiap fridge water bottle. Jus ini tanpa gula. Rasa manis-manis buah dan masam sikit memang nyaman untuk diminum walaupun semasa musim hujan :)



Di antara khasiat jus roselle yang menarik minat saya adalah :
+ melambatkan proses penuaan
+ Stress/ sukar tidur
+ Mengubati pening kepala/migraine

dan banyak lagi khasiat jus roselle dan boleh rujuk di sini.

Pertanyaan : Apakah cara tukang-tukang kebun yang budiman lakukan untuk mengelakkan pokok-pokok yang tinggi ini jatuh rebah ke bumi? Saya harap tukang kebun semua dapat kongsi pengalaman menggunakan cara masing-masing. Terima kasih.


10 comments:

  1. As salam Awin
    salam kenal dan lawat tengok kebun, subur menghijau sesuai dengan nama blog `petak hijau'. Saya punya petak pun hijau juga tapi menghijau dengan rumput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga sudais. Petak hijau saya pun dipenuhi rumput. saje tak tunjuk dalam gambar :) hijaunya rumput maksudnya nutrien tanah bagus sbb rumput masih boleh hidup subur :) positif2

      Delete
  2. salam awin, wah nmpk subur sggh roselle tu...kami punya dh trkorban..tk tau bila nk start balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ada pokok roselle sendiri ana :) Boleh dah start kot musim hujan ni.

      Delete
  3. awien..kalo pacak kayu dan ikat pokok tuh pada kayu tuh ok tk? cadangan dr insan yg tk ada kebun pon...memandai jer bg pendapat...tp mmg bestkn kalo ptg2 dpt berkebun...umah saya tk der tanah...sob..sob..

    ReplyDelete
  4. terima kasih ida atas cadangan :) Ida boleh juga berkebun. tanam dalam bekas. in shaa Allah...boleh tu.

    ReplyDelete
  5. Pacak kayu tiang ikat. Lepas ni kena beli peti ais lagi besar nanti tak muat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan. sebenarnya di dapur ada tempat khas utk peti ais. tempat khas itu hanya utk saiz tu saje. purposely buat mcm tu sbb xnk bazir2 duit beli fridge besar sbb at the end nnt dah tua hidup berdua juga :)

      Delete
  6. Salam Awin,

    Pasal pancang kayu, kena hati2 sikit sebab pokok roselle Mak Aji mati dek kerana kena pancang akarnya, cedera teruk agaknya terus kong. Kayu pancang kena jauh sikit dari batang, pun hujungnya kena tajam agar tak terputus akar (macam kes Mak Aji) - orang lain yang pasangkan pancang tu!

    ReplyDelete