Saturday, November 9, 2013

Kejutan Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Semalam pada hari Jumaat yang indah, tatkala terkocoh-kocoh ke pejabat kerana sudah lambat, saya terpandang juntaian buds berwarna ungu yang sangat menarik perhatian. Masya Allah! Water Hyacint saya sudah berbunga! Alhamdulillah. Lama juga menatap takjub sebab pertama kali tengok :) Water hyacinth ini saya beli dari kebunbahagiabersama.blogspot.com. Tidak sampai 2 bulan ia sudah berbunga. Memang berbunga- bunga hati saya pergi ke pejabat semalam!

Tidak tahu kepada siapa nak kongsi hati yang gembira, yang sama merasa, yang memahami, terus saya emelkan kepada Diana. Terima kasih Diana, pagi-pagi buta kene layan orang teruja tgk bunga water hyacinth sendiri. Menurut Diana ia akan kembang pada hari yang sama juga. Memang betul bahawa semalam  semasa balik dari kerja (sampai rumah pukul 8.30 malam), bunganya sudah berkembang. Pergi kerja berbunga hati, balik kerja pun berbunga hati. Lihat nikmat ingat PEMBERI nikmat. Semalam alhamdulillah, aura positif saja semuanya! Go go away negative aura! :)




Tatkala saya ralit membelek kudupan-kudupan ungu, smallkid memanggil-manggil untuk menunjukkan buah baru kepada saya. Anak-anak saya semua kaki buat laporan tentang pokok-pokok di Petak Hijau. Sempat lagi bergambar tolong saya angkat supaya jelas rupa terungnya :) Terung pendek naga ini saya beli dari tanamsendiri.com. Pokoknya sudah agak tua tetapi masih memberi hasil sebiji dua. Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang Allah beri, elakkan merungut. Jalan terus! :)





10 comments:

  1. assalam Awin... akak pun tumpang seronok!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...teruja kan...sy dah lama ni tak rasa teruja tgk hasil tanaman "pop" muncul..cantik water hyacinth tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik.....saya pertama kali lihat. tapi esoknya dah layu. sedihnya!

      Delete
  3. ni yg best bekebun kan...buat kita selalu rasa truja...mmg cantik bunga water hyacinth tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. tenang saja hati nak pergi pejabat

      Delete
  4. Salam Awin,

    Baru akak tahu nama pokok ni water hyacinth, kat kpg kalau tak silap org panggil keladi buntingkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak saodah....saya pun tak tahu nama-nama pokok ni. Water Hyacinth ni Diana yg letak nama tu kat blog dia.

      Delete
  5. Boleh terasa keseronokkan gembira bahagia Awin effected pada awal pagi hehehe... sini pun tersenyum lebar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! tapi esoknya dah layu. sempat menatap malam masa balik dr keje saje

      Delete