Wednesday, May 8, 2013

Cili Kulai merah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bulan April adalah bulan paling sibuk bagi saya di pejabat. Oleh kerana itu, tanaman-tanaman di laman rumah agak terabai. Cili Kulai yang meriah itu akhirnya telah menjadi merah dan ada yang terlalu tua dan buruk di pokok. Tetapi suka melihat cili-cili merah berjuntaian di pokok. Ini adalah gambar daripada salah satu pokok dari 3 pokok cili kulai.




16 comments:

  1. Salam Zam,

    nampak cili ni teringat sambal gian yg Pak Aji suka buat - cili masak, belacan, bawang merah di bakar atas tungku gas (pakai panggang). Tumbuk kasar, letak garam, perah air asam limau nipis, cukup kaww makan dengan ulam!

    Netting hijau tu utk pokok panjat ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sedap saja sambalnya mak aji. blhlah saya mintak mr chef buatkan. netting tu untuk tak bg kucing masuk. tapi sekarang jd tempat memanjat pokok petola lah pulak.

      Delete
  2. salam...

    dulu arwah ayah akak pun pernah tanam cili kulai ni.. cili kulai buahnya panjang2 kan... memang puas hati.. seronok memetiknya... sekejap dah penuh sebaldi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam cili kulai ni mmg untung. rasanya nak tinggalkan sepokok saja kot. nak jimat ruang.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. akak tumpang jamu mata...

    ReplyDelete
  4. subhanallah..menjadi cili awk zam...sy br semai 6 biji..last week..tapi belum ada tanda apa-apa...kalau duk berjiran sy dgn tak malu nyer akan mintak awk semai sampai bercambah...hehhehe...:D
    itu basil kan pun nampak tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkkk....syukur kepadaNya. Bukan sebab saya pun menjadinya.kalau kita berjiran awak tak yah tanam.kita share saje :) awak tanam kacang pulak. saya tanam kacang belum lago berjayanya

      Delete
  5. Sy pun suka bila cili nie jadi merah.buat ulam fresh gitu jer..mmg sedap...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat ulam ketika muda. masak pun blh buat ulam ka? blh try ni

      Delete
  6. ha..? terbiar busuk kat pokok, sayangnya, bg sy pun tak per

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sayang.....ada yg terlindung tak nampak.

      Delete
  7. As salam,
    Cili kulai saya juga sangat rajin berbuah dan lebat sehinggakan saiz buahnya mengecil. Saya biasanya tuai buah cili ni sebelum ianya masak.

    ReplyDelete
  8. Salam..
    nak tenggek burung cuttings? Lynn blh post. Cari kat nurseri mmg susah sikit..

    ReplyDelete