Thursday, March 6, 2014

Hasil tuaian kacang tanah tadong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,

Kacang tanah tadong saya tuai pada hujung minggu yang lepas apabila kelihatan daun-daunnya sudah kekuningan. Hasilnya tidaklah memberangsangkan tetapi telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada anak-anak teruna saya. Tak cukup, berebut kami anak-beranak. MasyaAllah, sukanya mereka (dan kami) makan. Saya hanya rebus saja tanpa letak garam/gula. Rasanya memang sedap! Rasa lemak manis. Muaz asyik mengingatkan saya supaya cepat-cepat tanam kacang tanah tadong lagi sebab dia nak makan lagi! Tak puas makan katanya.

Kacang tanah sesuai dijadikan tanaman selingan (crop rotation) disebabkan oleh keupayaannya menyuburkan tanah. Selepas ini saya perlu menanam di dalam bekas yang mendatar. Pokok yang ditanam ini meninggi mencari cahaya kerana bekas yang tinggi, tapi tanah di dalamnya saya letak sikit saja. Banyak sulur yang keluar tetapi tidak dapat disuntik ke dalam tanah kerana ketinggian pokoknya. Belajar daripada pengalaman. Insya Allah akan ditambah baik kepada cara penanaman seterusnya.


Biji benih daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com.



3 comments:

  1. berapa lama ya tempoh matang kacang tanah nii?..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam dan Salam Bahagia Awin yang budiman.
    Syukur Alhamdulillah ada rezeki tuai kacang tanah harta karun yang lemak sungguh makan apabila baru sahaja dituai dari kebun sendiri kan.

    ReplyDelete