Tuesday, April 9, 2013

Bunga telang dan Ulam raja goreng bersalut Tepung Magik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hasil tuaian minggu lepas, Mr Chef telah cuba menggunakan tepung tempura dicelup dengan bunga telang dan ulam raja dan digoreng. Mr Chef nak cuba pancing anak-anak lelakinya makan ulam. Alhamdulillah. Kids makan juga walaupun tak banyak :) Selebihnya abah dan mama kids makan sampai habis sebab sedap!


Hari sabtu menggunakan tepung tempura tesco. 



Pucuk dicita ulam mendatang, pada hari ahad, seorang sahabat datang membawa tepung goreng serbaguna ~ Tepung Magik namanya yg telah saya order minggu lepas. Jadi Mr Chef guna pula tepung ini untuk buat bunga telang, bendi, cekur, buncis dan bawang goreng celup tepung magik. Memang rasanya lebih sedap daripada tepung tempura tesco di atas. Hidangan di bawah habis kami makan sambil memasak. Tak sempat nak buat makan tengah hari pun. SmallKid pula makan 4 kuntum bunga telang goreng celup tepung magik. Sesuatu yg harus dibanggakan! :) Untuk sesiapa yang berminat nak beli tepung magik ini bolehlah tengok maklumatnya di Dong dan Dia. Boleh order di situ juga.



8 comments:

  1. syabas zam, satu inovasi baru...kempem menggalakkan kids mkn ulam-ulaman...tq 4de info

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya mcm2 blh buat goreng tepung kan!

      Delete
  2. Memang kreatiflah mr chef nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kreatif dan inovatif sbb tiada gangguan kids di dapur sbb kids semuanya menempek kat mama

      Delete
  3. nak cuba lah guna tepung magic..dah byk kali dgr kesedapan nya

    ReplyDelete
  4. dah ada blog baru ye ko awin...
    best nya tanam-tanaman ko.. menjadi yer..
    suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;) jumpa juga aku akhirnya ye. Syukur alhamdulillah. mencari ketenangan dgn berkebun. terima kasih kerana berkunjung :)

      Delete