Monday, April 8, 2013

Hasil tuaian minggu pertama April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah, dapat lagi menuai hasil depan rumah. Hujan rahmat yg turun hampir setiap hari membolehkan saya berehat dari menyiram pokok.


Tuaian Sabtu 6/4/2013 : Mustard red giant, bayam hijau daun bulat, Kailan, ulam raja, rosselle, tomato dan bunga telang.



Petak Hijau mengalami vege shortage buat masa ini. Saya tidak menyemai kerana peralihan tempat berkebun. Kawasan sebelah kanan akan distrukturkan semula. Syukur alhamdulillah, asin-asin sentiasa jadi penyelamat kami :)

Tuaian Ahad 7/4/2013 : asin-asin, bunga telang, bendi singa, cili kulai king dan daun cekur.



20 comments:

  1. Banyak tu tuaian tuh...cili kulai king tuh yg saya jeleskan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah. cukup utk keluarga comel kami

      Delete
    2. samalah sy jeles tgk cili tu..menjadi betul..roselle pun banyak yer...:D

      Delete
    3. cili tu mmg syukur alhamdulillah. roselle tu dari 3 pokok. tak la byk sgt. tapi dpt menampung keperluan minuman segar di rumah ni pada hujung minggu. jimat tak payah beli tetrapak

      Delete
  2. Assalam Awin.. Daun cekur tu buat masak apa? Teringat akak makan ikan masak daun ni masa kat Sg Besar dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam kak mar.....cekur tu selalunya saya buat ulam. tapi kali ni mr chef buat goreng celup tepung. sedap juga.

      Delete
  3. salam zam, lumayan la hasil tuaian kebun....menjadi betul, semuanye nmpak segar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana...sikit2 je. syukur setakat ni dpt menampung keperluan sayur dapur kami.

      Delete
  4. maknanya mmg tak beli la sayuran kat pasar, baguihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli juga jika takde yg tanam contohnya carrot. impiannya mmg xnk beli dah kt pasar :)

      Delete
  5. Alhamdulillah,meriah tuaian kali ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah. x byk mana pun tp cukup utk kami berempat.

      Delete
  6. As salam tuan kebun(nak panggil apa tak tau ni..hehe..),
    Hasil tuaian yg sgt memuakan dan colourful. Mcm2 warna ada. Meriah betoi. Cuma yg saya musykil sikit bila tgk bendi singa tu. Kenapa bentuknya berlainan sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je panggil awin/ zamzurina :) bendi singa saya tuai masa sgt muda. ada juga sebiji bendi jenis lain.

      Delete
  7. Replies
    1. cikgu...sayur sikit jadi campur je semua masaknya. cukuplah buat kami empat beranak

      Delete
  8. Salam Zam,

    Mak Aji baru semai keratan cekur. Kalau kami suka makan rebus/sayur bening yang taruh lada hitam dan udang geragau. Lagi sedap bubuh keledek supaya manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aji...cekur manis yg sy panggil asin2. cekur ni berubi. saya ambik pucuk buat ulam.

      Delete